Kisah emas di Utusan Malaysia 30 November 2011
Berikut adalah rencana yang dipetik dari akhbar hari ini mengenai kedai emas tersohor,Tomei.Pendedahan mengenai kilang emas amatlah menarik.Untuk pengetahuan semua,harga barang kemas kedai emas Tomei boleh dirujuk di sini :http://www.fgjam.org.my/ .Majoriti kedai emas mengikut harga di sini,dan ianya tidak termasuk kos upah tukang.
Harga terkini semenjak kenaikan harga emas yang lalu adalah seperti di bawah,dan apabila harga emas turun sepanjang minggu lepas,harga FGJAM masih tinggi :
|
![]() |
|||||||||||||||
| Last updated on 30 Nov 2011
Namun dengan kewujudan syarikat emas seperti Public Gold dan GCP,dapat menawarkan kepada pelanggan harga terbaik dengan kualiti yang sama.Kenapa bayar lebih? Semua barang kemas itu dari kilang yang sama tetapi bila masuk kedai berjenama,ia jadi mahal.Saya sempat membeli sebentuk cincin design untuk sebuah kedai emas tersohor dari seorang peniaga emas dengan harga yang sangat menarik.Anda faham sekarang bukan,emas adalah sama sahaja,tak kira apa jenama terutamanya barang kemas.Jika bar bezanya adalah dengan adanya “spread”.Namun bagi yang ingin menyimpan lama,”spread” tidak penting.Pastikan anda membuat perbandingan harga terlebih dahulu sebelum membeli. Harga terkini produk PG dan GCP adalah sekitar RM192/gram bagi emas 999.9 dan emas 916 RM 183/gram. Saya akan kupas dalam artikel akan datang tentang perbezaan ini dan apa yang perlu anda tahu. Harga semasa produk kami boleh dirujuk di sini untuk Public Gold :http://www.publicdinar.com.my/v1/ dan GCP di sini (harga dealer jauh lebih murah) :http://gcp.com.my/ |
||||||||||||||||
Trend emas sentiasa berubah

PENGALAMAN Lim Wai Chee dalam bidang rekaan barang kemas memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Selama 15 tahun wanita itu mengabdikan diri, memerah otak menghasilkan rekaan barang kemas yang dipakai wanita hari ini.
Kepuasannya ialah apabila dia melihat wanita hari ini mula sedar akan kepentingan barang kemas yang bukan sekadar untuk bergaya malah yang lebih utama ia merupakan salah satu medium pelaburan.
“Sekarang mungkin wanita tidak lagi gemar memakai barangan kemas yang sarat kerana faktor keselamatan. Kes jenayah ragut membuatkan wanita semakin berhati-hati dan memakai barang kemas seadanya,” ujarnya yang ditemui pada sesi melawat kilang pembuatan barangan kemas Tomei baru-baru ini.
Tetapi atas faktor keselamatan, gambar Wai Chee tidak boleh diambil untuk disertakan dalam artikel ini.
Wai Chee yang memang taksub dengan kerjayanya berkata, emas bagi setiap kaum memiliki maknanya yang tersendiri.
“Kaum Cina contohnya mesti mempunyai barang kemas yang dijadikan hadiah dari ibu bapa kepada anak yang berkahwin. Ini satu kemestian. Corak barangan kemas yang popular untuk tujuan ini pula ialah motif naga,” katanya yang berkelulusan dari bidang seni halus dari sebuah institusi pengajian tinggi swasta.
Menceritakan bagaimana dia memperolehi idea untuk menghasilkan koleksi barang kemas, Wai Chee berkata, dia banyak mengambil inspirasi melihat gambar-gambar di Internet. Namun dia juga pasti tidak melupakan untuk menambah ciri Malaysia pada setiap rekaan yang dihasilkan.
“Saya melihat trend reka bentuk barangan kemas di Malaysia ini berkembang sama seperti pakaian. Pesatnya perubahan fesyen di satu-satu negara turut mendorong kepada perubahan dalam corak barangan kemas yang dipilih pelanggan.
“Sebab itu kilang ini tidak menghasilkan dalam kuantiti yang banyak untuk satu-satu corak kerana permintaan akan berubah mengikut musim.
“Satu ketika corak lama kembali popular dan ia akan berulang mengikut pusingan dan bergantung kepada musim,” katanya.
Wai Chee mengamalkan konsep bekerja secara berkumpulan kerana baginya kerjasama berkumpulan akan menghasilkan pengeluaran yang lebih baik.
“Pada saya sebenarnya emas ini lebih dekat di hati orang Melayu. Pada kaum Cina pula selain hadiah perkahwinan mereka suka membeli bar emas untuk disimpan sebagai pelaburan.
“Memang kita sudah lama dalam bidang penghasilan barangan kemas namun itu tidak bermakna barangan yang dihasilkan tidak mengikut perkembangan semasa,” jelasnya.
Tempa emas di sebalik tembok buruk
Gambar WAHIDAH ZAINAL ARIPIN
![]() |
|
Pokok-pokok acuan emas yang telah dicelup dengan logam emas, emas putih atau perak.
|
APABILA bercakap tentang emas, orang selalu mengaitkannya dengan prestij kerana ia merupakan antara barangan paling berharga.
Tentu ramai yang menyangka seperti mana gemerlapnya emas yang dipakai, begitu juga dengan tempat di mana ia dihasilkan.
Tetapi realitinya kilang yang menghasilkan barang kemas itu selalunya terletak di tempat yang pasti anda tidak terfikir sama sekali.
Semua ini demi mematuhi aspek keselamatan agar kewujudannya tidak diketahui ramai. Malah pekerja yang berkhidmat di kilang tersebut juga telah dimaklumkan oleh bahagian sumber manusia ketika mereka menandatangani kontrak agar tidak mendedahkan tempat kerja mereka kepada umum. Juga semata-mata kerana mematuhi aspek keselamatan pekerja dan kilang emas itu sendiri.
“Aspek keselamatan ini memang perlu untuk mengelakkan kes jenayah berlaku,” kata seorang penyelia kilang emas, Yeow Wan Fong.
Atas faktor-faktor keselamatan, gambarnya juga tidak boleh didedahkan oleh pihak media.
Berpeluang melihat kilang menempa emas bagi produk Tomei baru-baru ini memberikan pengalaman berbeza kerana ia ibarat memasuki sebuah lokasi rahsia.
Kedatangan penulis dan jurufoto, disambut oleh Pengurus Pemasaran Tomei, Christine Lim dan terus dibawa ke kilang tersebut secara sulit kerana pekerja di pejabat Tomei sendiri pun tidak mengetahui kedudukan kilang memproses barangan kemas tersebut.
“Hanya saya seorang sahaja pekerja dari Tomei yang mengetahui tentang kedudukan kilang ini. Ini semua atas faktor keselamatan,” ujar Christine.
Bukan setakat lokasi yang tidak disangka-sangka, persekitaran bangunan kilang itu sendiri begitu unik.
Di sebalik grill yang berkunci, buruk dan kelihatan usang itu sebenarnya merupakan tempat di mana emas dibentuk menjadi barang kemas yang dipakai oleh wanita hari ini.
Sebaik memasuki kilang dari pintu yang boleh dikategorikan sebagai kecil dan tidak menarik itu, terserlah di dalamnya ruang yang cukup besar dengan pelbagai jabatan serta kakitangan yang bertugas.
Begitu banyak pintu masuk hingga tidak pasti mana satu yang kami gunakan. Juga terlalu banyak akses dari tangga yang berbeza yang menyulitkan untuk mengingati dari mana kita masuk.
Jurufoto juga tidak dibenarkan mengambil gambar pekerja atas faktor keselamatan.
Menurut Wan Fong, pekerja yang bekerja di kilang itu perlu diimbas untuk memastikan tiada pekerja yang tidak amanah.
“Terutamanya bahagian tambah nilai. Emas yang mereka bentuk pada awal pagi perlu ditimbang. Sebelum balik emas tersebut juga akan ditimbang sekali lagi bagi memastikan beratnya sama dengan ketika ia dibawa masuk. Jika kurang bermakna ada emas yang telah diambil. Perkara tersebut akan disiasat serta merta,” jelasnya.
Utusan Malaysia , 30 November 2011
You can leave a response, or trackback from your own site.


Posted in
Tags: