Assalamualaikum dan salam sejahtera

Agak lama saya tidak update blog ini.Terakhir sekali ialah pada bulan Mac,iaitu sebelum kehadiran orang baru dalam keluarga kami.Selepas itu saya agak sibuk menguruskan bayi kecil kami yang merupakan anak yang ke-5 dan hanya update di laman sosial fb sahaja.
Anda boleh follow fb saya – Nor Fazilah Abd Mohd
Jangan add sebagai rakan kerana kuota sudah penuh :)

Berikut ialah tip yang saya kongsikan berdasarkan pengalaman sendiri dalam mengharungi pahit manis dunia bisnes.

Teruskan update di blog ini kerana lebih banyak info yang akan dikongsikan.

11 Tip mengatasi rasa malu untuk berbisnes~

Secara umum untuk kedua jenis bisnes online dan offline,ini perkongsian dari saya yang bukanlah pakar..

1.Berdoalah kepada Allah dengan doa yang specifik.Minta agar dikurangkan rasa malu dan diberikan keyakinan diri

2. Kenali diri sendiri. Buat senarai kelebihan, kekurangan diri sendiri beserta cadangan mengatasi.

3.Tentukan minat terhadap bisnes dan cuba ‘master’ dengan apa yang hendak diusahakan

4. Sekiranya anda seorang wanita dan masih mempunyai suami, sila minta izin suami terlebih dahulu.Lebih bagus libatkan pasangan agar dia tahu apa yang kita buat. Sekiranya dia seorang ekstrovert bolehlah dapatkan sokongan darinya

5.Yakin dengan bisnes/ produk yang hendak diusahakan. Pendek kata kalau pelanggan tanya apa pun boleh jawab.

6. Yakin dengan diri sendiri dengan sentiasa memikirkan kata-kata motivasi dan nasihat dari mereka yang sudah berpengalaman

7.Baca dan dengar pengalaman orang lain.

8. Sekiranya offline,tanamkan dalam diri yang anda nak bantu selesaikan masalah orang lain dengan produk tersebut jadi kenapa perlu malu?

9.Meniaga adalah sunnah nabi dan pekerjaan yang sangat mulia .Mereka yang berniaga pergantungannya terus kepada Allah berbanding dengan orang yang makan gaji ramai yang tersalah berharap kepada majikan semata-mata.

10.Jangan rasa kecil hati atau sedih jika tiada yang membeli atau jualan kurang memberangsangkan sebaliknya kaji kenapa jadi begitu dan berusaha memperbaikinya dari semasa ke semasa

11.Tanya diri sendiri jika orang lain boleh kenapa aku tak boleh?

cara mengatasi rasa malu berbisnes

Nor Fazilah Abd Mohd Penulis buku Belajar Ilmu Emas Dalam 10 Bab ( BIED10B)

Ebookemas.com

Rakan kongsi bisnes online dan offline :

1- Gerai Nangka Madu 916

web : nangkamadu.com

page :Nangka Madu 916

2. Gerai Air Tebu Piaww 916

page : Air Tebu Piaww 916

3. Kerepek Nangka

web : kerepeknangka.com

page : Kerepek Nangka

4. Ubat resdung

web :Pilresdung.com

page :Ubat Resdung Herba

5. Buku Belajar Ilmu Emas Dalam 10 Bab

web : ebookemas.com

page : Ilmu Emas