Galakan Mencari Rezeki Yang Halal
| Kategori : AKIDAH Akhlak
|
| Tajuk : |
| GALAKAN MENCARI REZEKI YANG HALAL
|
| Hadith : |
|
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “ Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah S.W.T. kepadanya. Maka takutlah kepada Allah S.W.T. dan berusahalah dengan baik; dan lambatnya datang sesuatu rezeki itu janganlah menjadi pendorong kepada kamu untuk melakukan usaha mencari rezeki berbentuk maksiat kerana sesungguhnya rezeki Allah S.W.T. tidak akan dapat diperolehi melainkan dengan cara ketaatan.”
Riwayat Ibn Majah dan al- Tabrani
|
|
|||
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Ulasan saya:
Kita hendaklah berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal dari Allah swt.Andaikata kita sudah berusaha,rezeki datang lambat,janganlah kita mengambil jalan singkat dengan menggunakan cara yang salah dan haram untuk mendapatkan rezeki.
Lewat ini terlalu ramai yang sanggup melakukan pekerjaan yang jelas haram semata-mata untuk mendapatkan sumber pendapatan.Ada yang sanggup menjual benda haram,melacurkan diri,berjudi,dan pelbagai pekerjaan yang diharamkan Islam.Alasan yang diberi,untuk mendapatkan pendapatan.Sedangkan jelas haram dan mereka ini hanya fikir ingin cepat senang dan tidak kisah akan hukum.
Jika dilihat,sumber yang haram ini sebenarnya akan menjadi darah daging dan salah satu punca kerasnya dan gelap hati remaja masa kini khususnya dan masyarakat secara umumnya.
You can leave a response, or trackback from your own site.
Posted in