Perniagaan yang Berkat

Kategori : IBADAH Akidah
Tajuk :
Perniagaan Yang Berkat
Hadith :
Dari Hakim bin Hizam r.a dari nabi s.a.w sabdanya:”Dua orang yang berjual beli, masing-masing mempunyai hak untuk memilih (untuk meneruskan jual beli atau tidak) selama kedua-duanya belum berpisah. Jika keduanya berlaku jujur dan berterus terang menjelaskan (keadaan barang yang dijual belikan), maka mereka diberi berkat dengan jual beli mereka; tetapi jika mereka berdusta dan menyembunyikan (kecacatan masing-masing), hilanglah berkat jual beli mereka.”

(Muslim)

Huraian

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Ulasan saya :

Dalam perniagaan,kejujuran amat penting.Untuk mendapatkan keberkatan,haruslah menceritakan hal yang sebenar mengenai produk yang kita jual.Menceritakan yang benar walaupun pahit lebih baik dari menceritakan hal yang tidak betul atau menyembunyikannya kerana tidak berkat apa yang kita dapat.Biarlah sedikit asalkan berkat dan halal.Perlu ada ‘trust and honesty’ kedua belah pihak,penjual dan pembeli.

You can leave a response, or trackback from your own site.