Kisah Pakcik Tukang Beli Surat Pajak
Masih ingat lagi tak dengan “Kisah Seorang Peniaga Kedai Emas” yang saya pernah cerita dahulu.Kisah ini ditulis oleh rakan saya En.Mohamad Zamri Musa di thread saya di Carigold.com dan beliau adalah tokey emas di Terengganu.
Kali ini saya ingin kongsikan satu ;agi cerita dari beliau yang tak kurang menarik..
Dibandar Kuala Berang, Hulu Terengganu, ada seorang pakcik ( saya rasa berumur dalam lewat 50an, mundar-mandir di depan sebuah kedai pajak gadai. Setiap orang yang hendak masuk ke dalam pajak gadai itu, beliau akan bertanya samada hendak menjual atau mengadai. Sekiranya ada yang mengatakan dia hendak menjual, beliau akan menyuruh orang itu bertanya berapa harga yang akan dibeli oleh kedai itu ( Kedai cina sebenarnya )dan yang menjadi kehairanan saya beliau sanggup membeli dengan harga yang sedikit lebih mahal daripada harga yang ditawarkan oleh kedai tersebut. Sedikit perbualan dengannya :-
Saya : Dah lama ke pakcik membeli emas dengan cara begini.
Pakcik : Rasa-rasanya dah 15tahun dah. Kenapa?
Saya : Saja bertanya dan saya hairan kenapa pakcik blh membeli dengan harga lebih tinggi daripada harga kedai?
Pakcik : Saya kasihankan kepada org-2 kita (fahamkan). Kedai tu beli murah sangat
Saya : Habis, pakcik ada untung ke?
Pakcik : Apa yang tak untungnya. Bukan saya jual esok atau lusa. Silap2 bulan depan baru ada org beli. Saya akan jual pada harga semasa. (GOLD TRADER)
Saya : Pakcik tak takut ke kena rompak?
Pakcik : Saya dah dua kali dah kena rompak. Tapi biasanya saya tak simpan duit banyak kat tangan. Saya simpan dalam RM5K sahaja. Kalau barang yang hendak dijual lebih dari tu, saya akan ajak penjual tu ke bank depan sana (Maybank).
Saya : Habis dah kena rompak 2 kali, pakcik tak rugi ke?
Pakcik : Rugi tu rugi lah, tapi lama2 boleh cover balik.
Saya : Ok lah pakcik, saya beransur dulu.
Pakcik : Eh! awak nak jual ke?
Saya : Tak de lah pakcik, saya lalu je sini, Assalamualaikum
Pakcik : Waalaikumussalam.
Moral of the story : memang EMAS adalah satu perniagaan yang menguntungkan bukan setakat pelaburan sahaja. Walaupun dah 2 kali kena rompak, tapi pakcik tu masih meneruskan pembelian dan penjualan EMAS.
You can leave a response, or trackback from your own site.
Posted in
Tags: