Kisah Benar :Pekerja Bank tak tau pasal Dinar ?

Nak kongsi satu cerita..

Ada seorang hamba Allah..pergi ke bank rakyat..untuk memajak dinar kelantan..sbb dia dimaklumkan ar rahnu BR terima dinar kelantan..dia tak smpan wang kertas..pajak tu utk tujuan membri pinjaman kpd kwnnya yg perlukan wang

perbualan antara hamba Allah dgn pegawai ar rahnu ..

HA:        saya nk pajak dinar Kelantan

P.AR:    oo..kami tak terima..wafer smua kami tak trima..

HA:        tuan..ni dinar..bukan wafer..setahu sy..mgu lpas sy dh dtg..masa tu pegawai lain..dia kata terima..sbb dia baca list..smua dinar mmg tk blh..kecuali dinar yang dikeluarkan oleh kerajaan  Kelantan..

P.AR mmberi pelbagai alasan untuk tidak terima..dan asyik sebut dah rujuk pegawai atasan  pun kata tak trima..last2  HA nak jumpa pegawai yang dimaksudkan.. sebab nak kan pencerahan..

30 minit kemudian bru dtg dgn kertas di tgn (patutlah lambat,refer HQ kot)..katanya terima dinar kelantan untuk dipajak…dia minta sijil dan resit..

HA:        tuan..ni dinar Kelantan..tujuannya utk muamalat..logik ke syarat nak sijil tu…walhal mmg tk ada sijil…sbb ia utk jual beli..jd tk perlukan sijil..

P.AR:      er..resit ada..?

HA:          tuan..dinar ni..sy dapat sbb org bli brg dgn sy..sy bg brg..dia bg dinar ni (muamalat)..buat apa dia nk bg resit kat sy?

Kedua-dua pegawai tu mcm blur je..tp biasala org bank..ikut prosedur la konon..padahal apa pun tk tau psal dinar..yg dia tau -wang kertas je la..sbb mereka mniaga wang..mana nk suka dan nk ambik tau sgt pasal emas..

(statement ni bukan semua ye,sbb ada jugak pegawai bank yang dikenali celik emas sehingga ada yg berhenti kerja sebab tak sanggup nak tanggung dosa terlibat dengan riba! )

akhirnya HA kata “er..tkpe tuan..sy pergi ke ar rahnu kelantan..sana diorg ambik..its ok ..smbil berpesan..’byk kena tau ambik tau pasal dinar Kelantan ni..susah dibuatnya klu org lain kena mcm sy’

Moral of the story : Janganlah hanya mengikut prosedur membuta tuli tanpa mengetahui perkara sebenar.Dalam kes ini,pihak HQ salah kerana dalam list disebutkan dinar kelantan perlu ada sijil sedangkan memang kerajaan negeri tidak keluarkan sijil-inilah bezanya dinar Kelantan yang dikeluarkan oleh pemerintah ini dengan dinar-dinar  yang lain,memang untuk dijadikan matawang Islam.Resit pula dalam kes di atas memang tak relevan ..jadi,di manakah silapnya?Silap jadi orang yang ikut peraturan membuta tuli,bekerja di institusi kewangan sehingga tidak nampak dan tidak tahu langsung tentang dinar dan dirham..agak menyedihkan  :(

Dinar Kelantan (KGT)

Dinar Dan Dirham Kelantan

You can leave a response, or trackback from your own site.