Kenapa Saya Tetap Bersama Public Gold

Disclaimer :

1.Artikel ini ditulis oleh saya dari perspektif mentiliti seorang peniaga separuh masa kerana masih makan gaji.Namun saya adalah tulang belakang kepada Master Dealer Public Gold bagi Rangkaian Jutawangold,Mohd Selodi bin Md Ghazali yang merupakan suami saya.

Untuk pengetahuan semua,suami saya telah pun berhenti kerja dan meniaga emas Public Gold sepenuh masa di samping mengusahakan bisnes lain secara kecil-kecilan.Kami menggunakan platform berniaga secara online  hampir 90%.

2.Artikel ini bukan ditulis untuk tujuan mengampu atau sebagainya,sebaliknya ia lahir dari hati sendiri dan apa yang dirasakan sepanjang menjadi Master Dealer Public Gold.Walaupun saya juga merupakan dealer Public Gold,tetapi kami sepakat untuk menggunakan satu nama sahaja untuk semua urusan melibatkan Public Gold.Suami saya banyak memainkan peranan di belakang tabir dan banyak membantu untuk sama-sama bergerak dalam simpanan/perniagaan emas Public Gold ini.

3.Artikel ini ditulis atas kehendak dan sebab  saya sendiri ingin menulisnya

Nama saya Nor Fazilah Abd Mohd,admin blog ini.Saya adalah penggerak kepada suami saya,salah seorang MD Public Gold dan satu-satunya Master Dealer di Pahang di luar ibu negeri Pahang iaitu Kuantan.Berapa lama saya kenal Public Gold?Saya dan suami kenal Public Gold,ketika En Syukor Hashim belum jadi orang kuat Public Gold lagi.Saya kenal Public Gold penghujung tahun 2008 melalui blog Jutawanemas.

Tersalah langkah dengan terjebak dengan skim pelaburan emas,saya terlupa sekejap  mengenai Public Gold.Sehinggalah saya terlihat wajah sifu saya terpampang di akhbar Kosmo dengan artikel mengenai Public Gold pada awal tahun lepas,saya kembali membuka buku lama.

Ya,saya mencari semula beliau dan cuba mendapatkan info-info tentang emas.Alangkah terkejutnya saya kerana sudah terlalu banyak blog mengenai emas,dan…..mereka semua menjual emas Public Gold!

Wow!Dalam masa tak sampai 2 tahun(2008-2010),Public Gold telah berkembang rupanya.Sepatutnya saya antara orang terawal yang menyertainya.Alangkah ruginya kerana terjebak dengan skim emas.

Tutup buku lama,saya terus membeli emas Public Gold berjumlah RM48k dan sama-sama mendaftar dealer.Kerana saya telah terlibat dengan emas sebelum itu lagi,maka langkah saya kali ini agak laju dan menjadi Master Dealer dalam masa 2 bulan lebih sahaja (tanpa perlu fikirkan target sales dan rekruit dealer ).Menjadi Master Dealer dengan tidak dijangka pun sebenarnya dan tanpa mengejar sales.Pengalaman sebegini amat menyenangkan.

Mengapa sehingga saat ini,saya tidak tinggalkan Public Gold?Jom kita  sama-sama baca apa yang saya nak kongsikan.

1.Model bisnes yang menguntungkan syarikat dan dealer untuk jangka masa panjang

Cawangan Public Gold ada di seluruh Malaysia dan ianya semakin memudahkan dealer dan orang ramai untuk terus membeli dan menukarkan wang mereka kepada emas dan perak keluaran Public Gold

Kesannya kepada syarikat :

Syarikat semakin maju sebab dikenali ramai,brand equity meningkat,produk senang dibeli-senang dijual dan senang nak untung.

Syarikat dapat berkongsi keuntungan dengan dealer apabila semakin ramai pelanggan yang diperkenalkan oleh dealer-dealer PG.

Kesan kepada dealer :

Apabila cawangan makin bertambah :

i.Dealer semakin mudah untuk mengambil stok dan menggantikan stok dengan segera setiap kali produk terjual

ii.Dealer boleh buat pelbagai aktiviti di cawangan PG antaranya mengadakan kelas emas setiap minggu dan menganjurkan seminar untuk berkongsi ilmu dengan masyarakat setempat.

iii.Peluang untuk dealer dikenali di kalangan masyarakat setempat sebagai dealer Public Gold yang sah sangat tinggi.Ini merupakan satu perkembangan yang bagus untuk seorang dealer.Lebih ramai yang mengenali anda,lebih besar peluang anda untuk membuat jualan.

iv.Jika anda peniaga sepenuh masa,tentunya anda mempunyai banyak masa untuk berada di cawangan terdekat anda dan mendapat peluang bertemu dan berkenalan dengan lebih  ramai pelanggan/prospek

Terangkan kepada prospek anda,jika ingin membeli bolehlah maklumkan kepada anda kerana sekali pelanggan berdaftar dengan Public Gold walaupun untuk membeli sekeping dinar,mereka tidak boleh menjadikan orang lain sebagai introducer mereka sama ada untuk membeli mahupun menjadi dealer.Jelaskan apa kelebihannya jika mereka membeli melalui anda,contohnya,anda sedia memberi servis terbaik,runding cara /khidmat nasihat,tidak mengenakan caj trasnport fee ataupun sedikit pengurangan harga jika belian volume besar.


2.Komisen yang berpatutan.

Ramai yang tahu,perniagaan kedai emas memerlukan modal yang besar dan berisiko tinggi.Bukan semua mampu mengeluarkan modal yang besar untuk meniaga emas.

Tapi Public Gold telah memberikan peluang semahal ini untuk mereka yang ingin menjadi peniaga emas dengan modal serendah RM20k sahaja berbanding jika ingin buka kedai emas yang perlukan modal berjuta.Jika anda seorang yang nak keuntungan yang lebih besar,saya cadangkan anda buka syarikat emas sendiri.Public Gold tidak sesuai untuk mereka yang inginkan keuntungan besar dengan segera.


3.Strategi Marketing Berkesan secara berterusan dari pihak syarikat

Public Gold dari dahulu lagi sentiasa menambah baik produk dan strategi pemasaran mereka.Ada sahaja tarikan untuk mereka yang baru mengenali emas untuk menyertai Public Gold dan membeli produk PG.Ramai dealer -dealer yang telah mendapat manfaat dari promosi dan strategi pemasaran berterusan yang dilakukan oleh pihak syarikat tanpa perlu keluar sesen pun.

Tentang isu tidak boleh menyertai syarikat lain,sebenarnya PG tidak lah setegas itu.Jika anda sekadar dealer biasa yang tidak aktif,larangan ini tidak melibatkan anda pun.Kes sebelum ini,seorang Master Dealer yang dikenali ramai mempromosikan syarikat lain dalam seminar yang dibuat atas nama Public Gold-wajarkah ?

Bukankah tindakan ini boleh mengelirukan orang awam?Senyap-senyap sudah,tak ada siapa nak ambil tahu jika anda tak kecoh dan pandai jaga etika.Sudah ramai MD yang keluarkan produk sendiri,tak ada pula isu besar yang timbul.Sebaiknya yang betul-betul  ingin maju dalam bisnes emas dengan bergantung kepada syarikat sedia ada-fokuslah jawapannya.

4.Public Gold syarikat yang bersistem

Dengan sistem yang digunapakai oleh Public Gold ini amat memudahkan dealer-dealer menjalankan aktiviti jual beli.Banyak juga bank yang berminat untuk membeli sistem ini dengan owner PG,tetapi tawaran tersebut ditolak.Ini menjadikan PG sebuah syarikat emas yang ekslusif  dan mempunyai tarikan tersendiri.

Kesimpulannya :

Jadilah seorang dealer kerana ingin mendidik masyarakat tentang emas -sebab nombor  2.Sebab nombor 1 sudah tentu supaya sendiri kita dapat pengurangan harga untuk setiap belian dengan Public Gold.Baca lebih lanjut sebab perlu jadi dealer ,klik sini :http://jutawangold.com/artikel/sebab-perlu-jadi-dealer-emas-yang-jarang-anda-dengar.html

Jangan jadi dealer yang  lebih pentingkan pendapatan hasil dari jualan & komisen sahaja kerana ia akan nampak kecil sedangkan anda boleh mendapat keuntungan besar melalu jualan semula (buyback). Kita tidak harus memikirkan keuntungan di pihak penjual (dealer) semata-mata dan mengenepikan kepentingan pembeli (bukan dealer).

Sebagai contoh jika anda menjadi dealer untuk syarikat yang menjanjikan komisen tinggi- yg semua org tahu margin buying-selling price yg cukup besar,bayangkan customernya yang berniat melabur, alangkah lambatnya mereka akan memperolehi keuntungan.


Sebagai peniaga, memang lah dealer syarikat  tersebut  akan beroleh keuntungan lumayan sebab margin komisen yang beri lebih tinggi berbanding PG.Tetapi, bagaimana keadaan orang yang membeli? Berapa lamakah mereka harus tunggu untuk memperolehi keuntungan jika marginnya hampir 30%?

PG bagi komisen pada dealer 1%-2%,sbb nak bagi spread rendah kepada penyimpan emas.Nanti mereka akan seronok simpan emas.Bayangkan kalau PG  bagi dealer lebih komisen,PG kena besarkan spread itu dan merugikan pembeli.Ini strategi PG,bila customer seronok tengok harga emas  yang dibeli makin naik-dia akan beli lagi.

Biarlah kita jadi dealer sebab nak org sekeliling kita simpan/invest on precious metal. Jangan  kita jadi dealer semata-mata  nak kaut keuntungan dengan  cara meniaga sahaja.Jika kita mampu memperolehi keuntungan dengan cepat, kita mesti pastikan pelanggan kita pun mampu memperolehi keuntungan dengan cepat (tahu bila nak beli & tahu bila  nak jual semula).

Sebagai dealer,kalau kita tak berniaga sangat  pun,kita mampu memperolehi keuntungan lumayan juga,asalkan kita tahu, bila masa terbaik untuk membeli & bila masa terbaik untuk menjual semula.Hanya melibatkan kita & PG sahaja, tanpa perlu melibatkan pihak2 yg lain (customer).Cumanya, jika kita dapat menjual kepada customer atau dapat introduce a few dealers,itu adalah satu bonus. Slogan PG pun ada menyebut “pelaburan emas lebih mudah dgn PG”.Matlamat utama adalah meraih keuntungan dgn cara menyimpan emas.Jika berniat semata-mata  meraih keuntungan dengan cara menjual & memperolehi komisen,maka akan adalah pihak yang tidak berpuas hati.

Jagalah etika sebagai peniaga,dalam hal ini saya sangat respek dan salute dengan boss PG yang berpesan kepada dealer agar tidak mengutuk syarikat lain.Jika anda ingin mempromosikan syarikat anda,ya teruskan tetapi jangan dengan memburukkan syarikat orang lain-not good for ur bisnes in future.Berapa banyak dah syarikat emas yang timbul-tenggelam dan yang dah lenyap  terus sedangkan sebelum itu bukan main lagi mengondem syarikat PG.

Jika anda membeli pangkat untuk menjadi Master Dealer Public Gold,tanpa melalui fasa yang sepatutnya maka pasti sukar untuk anda bertahan dalam perniagaan emas Public Gold(melainkan anda mempunyai perancangan untuk konsisten dan aktif sebagai dealer ).Bermulalah dari bawah,lalui kesukarannya dan alami sendiri pengalaman mendidik masyarakat tentang emas-rezeki Allah swt itu Maha Luas,keuntungan akan datang dengan sendirinya.

Pengeluar emas fizikal pertama diiktiraf oleh Malaysia Book of Records





You can leave a response, or trackback from your own site.