Kedai Emas semakin lengang?

Baru-baru ini iaitu pada 14hb April,dalam akhbar Kosmo keluar muka depan tentang harga emas melambung.Jika emas bukan logam yang berharga,saya pasti mereka tidak akan mengeluarkan berita dengan tajuk besar tentang emas.Emas semakin mahal?Ya,memang benar.Komen dari 3 orang wanita yang ditemuramah juga,kesemuanya mengaku emas mahal dan sukar untuk mereka dapatkannya.

Pernahkah mereka terfikir,yang emas akan mahal lagi pada masa akan datang.Adakah satu masa,timbul penyesalan kerana mereka tidak membelinya dahulu.Menurut En.Syukor Hashim,emas belum sampai kemuncak lagi.Ia akan naik lagi.Maklumat tentang kitaran ini boleh anda perolehi dari buku “The Great Cycle” yang tidak ada di Malaysia,namun boleh ditempah di amazon.com.Saya mengetahui tentang kitaran ini dari seminar yang diadakan di Bentong baru-baru ini.Ilmu yang disampaikan oleh sifu saya En.Syukor Hashim memang cukup berharga.

Baiklah,ini pula berita yang dikeluarkan Kosmo hari berikutnya:

Kedai Emas semakin lengang


Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my


KEADAAN salah sebuah kedai emas yang semakin kurang dikunjungi pelanggan di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Kenaikan harga emas menyebabkan para peniaga emas di sini berdepan dengan keperitan ekoran jumlah pelanggan semakin berkurangan sejak awal tahun ini.

Tinjauan Kosmo! petang semalam mendapati kebanyakan kedai emas yang beroperasi di bandar ini lengang dan kurang dikunjungi pelanggan.

Seorang penjual emas, Normalina Ahmad, 38, memberitahu, keadaan kini sangat jauh berbeza berbanding 10 tahun lalu apabila kedai emas menjadi tumpuan ramai.

“Satu ketika dulu, 20 pelanggan datang membeli barang kemas setiap hari. Sekarang ini cuma tiga hingga empat pelanggan sehari dan kami lebih banyak duduk termenung di kedai.

“Ia bukan sahaja kerana harga emas naik, tapi juga disebabkan kaum wanita takut memakai barang kemas kerana bimbang diragut,” katanya di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan harga emas diramal melambung tinggi dan bakal mencecah harga RM4,840 satu auns (28.3 gram) pada tahun ini.

Harga emas naik secara berterusan sejak 2001 dan mencapai paras tertinggi iaitu RM4,472.23 satu auns pada Januari lalu gara-gara kebimbangan pelabur terhadap kadar inflasi kejatuhan nilai dolar serta kekacauan di Asia Barat.

Seorang lagi peniaga kedai emas, Nani Ali, 36, berkata, walaupun harga emas naik namun ia tidak memberi keuntungan kepada peniaga komoditi itu.

“Apabila harga naik, orang tak mahu datang beli. Kebanyakan peniaga emas pening kepala dan kalau keadaan ini berterusan, mungkin ada yang terpaksa tutup kedai,” katanya.


Ini pula pandangan saya :

Peniaga kedai emas,mereka hanya memperdagangkan emas.Saya fikir kebanyakan mereka hanya mengambil peluang di atas kenaikan harga emas dan kemungkinan besar juga mereka tidak menyimpan emas.Jika simpan pun saya fikir tak banyak kerana mereka lebih cenderung untuk jual dan beli sahaja.

Cuma saya terfikir,adalah ini juga berpunca daripada kesedaran ramai orang sekarang simpanan dalam bentuk emas fizikal yang lebih menguntungkan?Kemungkinannya ada.Ini kerana syarikat pengeluar emas fizikal seperti PG dan GCP menunjukkan peningkatan penjualan yang amat memberansangkan.Jualan Public Gold adalah sekitar RM40-50 juta sebulan dan ketika musim-musim harga rendah,jualan biasanya mencecah RM100 juta.

Tidak dinafikan barang kemas memang sesuai sebagai barang dagangan.Cuma kelemahannya ialah spread (susut nilai) agak tinggi.Biasanya sekitar 20%-30% dari harga semasa.Barang kemas juga dijual lebih mahal kerana ada kos upah tukang.Namun jika anda bijak memilih dan mencari,ada kedai emas yang menawarkan harga yang cukup rendah.Bukan semua mengikut harga yang ditetapkan oleh FGJAM,seperti di bawah

999 Gold : RM172.00/gm
916 Gold : RM162.00/gm
835 Gold : RM148.00/gm
750 Gold : RM133.00/gm
375 Gold : RM72.00/gm
Last updated on 15 Apr 2011.


You can leave a response, or trackback from your own site.