Kisah Seorang Peniaga Kedai Emas
Cerita ini diberikan oleh seorang rakan saya..En.Mohamad Zamri b Musa kepada saya dahulu..thanks kepada beliau
Pada satu hari saya mengambil keputusan untuk memerhatikan sebuah kedai emas dibandar Chukai, Kemaman, Terengganu. (Bukan nak merompak tapi tujuan penyelidikan) hihihi.
Saya telah memilih pada waktu puncak iaitu sekitar 11.00pagi sehingga 2.00ptg. (Waktu itu pekerja2 pejabat keluar untuk makan).
Sepanjang pemerhatian saya, agak2 dalam 10 org masuk ke kedai tersebut dan saya rasa mungkin 2 orang sahaja yang membeli ( Sebab mereka agak lama berada di dalam kedai).
saya pun membuat andaian mungkin selepas pukul 2.00ptg sehingga kedai itu tutup lebih kurang 2 org lagi yang membeli.
Sekiranya 4 org sahaja yg membeli sehari, boleh ke tuan kedai tu menampung kos-2 yg terlibat ( gaji pekerja dan sebagainya ).
Dan daripada penyelidikan saya, dibandar Chukai hanya sebuah sahaja kedai emas telah ditutup kerana Owner telah meninggal dunia. Satu keanehan rangkaian kedai emas anak beranak boleh dikatakan. Kedai Emak dan 2 buah lagi kedai anaknya. Lagi pening saya, mengapa mereka bersaing dalam industri yang sama?
Saya kebetulan telah diperkenalkan oleh seorang rakan kepada salah seorang pekedai emas yang juga anak kepada Kedai emas yg menjadi bahan kajian saya. Perbualan seperti berikut :-
Saya : Dah lama ke berkecimpung dalam industri emas ni
Pekedai : Lama dah sejak kecik lagi. Masa tu emak saya dah buka kedai emas. Tahu kedai emas Hjh. XXX kan. Itu kedai emak saya.
Saya : Oh ye ke (pura-2 buat tak tahu). Habis camner awak pun buka kedai sama ngan kedai emak awak? bukan ke persaingan.
Pekedai : Btl tu tapi persaingan yang sihat. Kalau barang kedai saya dah kurang saya ambil kat kedai emak saya. Begitu lah sebaliknya.
Saya : Oh Begitu lah pulak. Habis camner ngan untung? Bukan orang beli ems hari-2
Pekedai : Saya pun tak mengharap orang akan beli emas hari-hari. Biasanya kalau dekat raya, itu dah boleh cover perbelanjaan sepanjang tahun dah. hahahahaha ( Gelak besar dia ). Kalau ada yang beli sekarang ni dah kira macam bonus dah tu.
Saya : Macamana tu? Gaji pekerja bulan2 mau bayar, Jualan besar setahun sekali, tak faham saya. Untung ke?
Pekedai : hehehehe (tersengih). Ok kalau nak tahu saya cerita lah sikit, sikit je tahu, jangan tanya2 lagi, hihihihi. Saya bagi contoh, saya beli emas pada awal tahun, dan saya buat barang2 kemas. Katakanlah barang kemas tersebut akan laku pada dekat raya, dah berapa kenaikan harga dan saya akan menjual pada harga semasa. Itu secara ringkas lah
Saya : Oh gitu….baru saya faham….risiko?
Pekedai : Risiko kena rompak lah atau pun org jual emas tipu, tapi kita blh tahu tu. Rompak je lah yang susah sikit. Tapi setakat hari ni tak pernah berlaku lagi.
Saya : Terima kasih lah atas pengkongsian ni.
Pekedai : Tak de masalah. Awak nak buka kedai emas jugak ke? Kalau nak buka bagus jugak. Kurang2 org2 kita byk lagi pilihan kat kedai melayu. Kalau saya kurang barang saya blh ambil barang awak, nanti saya blh ceritakan pada awak mcmana nak buat….
Saya : Tidak lah nak buka kedai, cuma buat penyelidikan je. Terima kasih sekali lagi
Pekedai : Sama-2. Nanti nak minum2 call le blh kita sembang lagi.
Saya : No hal.
Moral of the story : Walaupun apa yg hendak dikatakan oleh orang, Perniagaan emaslah perniagaan yang benar….
You can leave a response, or trackback from your own site.

Posted in
Tags: