Kategori individu yang sesuai meniaga/menyimpan emas
Apa saja yang kita buat dengan emas..kalau caranya betul (bukan skim atau sebagainya) memang mmberi pulangan yang baik
Saya mendapati pelaburan/simpanan/biz emas ini sesuai untuk :
1.Individu yang mempunyai kerja tetap
Tak ada masa nak buat bisnes lain.Bisnes emas ini hanya memerlukan anda rajin bercerita sahaja.Hanya educate orang tentang emas.Apa yang penting ilmu anda sendiri tentang emas perlu mantap.Once mereka sudah jelas,memudahkan anda kerana biasanya belian berulang.Ia boleh dilakukan secara sambilan tanpa menjejaskan tugas tetap anda
2. Individu yang Anti MLM
Tak suka nak cari-cari orang(downline).Jika anda pelabur/penyimpan..simpan sahaja dah untung,tak perlu buat apa-apa.
Jika pelabur merangkap dealer-amat menyenangkan sebab smua orang dah tahu emas berharga dan menguntungkan.So tak perlu nak cerita panjang-panjang.Kadang-kadang kesian dgn orang yang jual barang-barang terutamanya produk MLM.Macam-macam mereka terpaksa cerita dan buat untuk tarik pembeli.
Tapi emas?Tak perlu kerana semua orang sudah tahu..apa yg mereka tak tahu ialah sebab perlu simpan emas dan bagaimana nak generate emas tak kira modal kecil atau besar..serta kepentingan emas.Konsep convert money to gold (tukarkan wang kertas kepada emas )pun perlu dijelaskan.
3.Individu yang hendak menambah/mempelbagaikan portfolio pelaburan dan pendapatan
4.Surirumah
Boleh jadi back up kalau berlaku apa-apa.Ia bertindak sebagai pelindung kewangan anda di saat memerlukan.
5.Orang tua atau warga emas
Senang hendak pergi haji atau back up jugak.Maklum sahaja sebab banyak kes anak buang ibu bapa sekarang
6.Pekerja swasta tak kirala yang gaji murah atau mahal
Rancang untuk masa depan anda
7.Pelajar atau untuk anak-anak
Sebagai tabungan pendidikan dan insurans..
Ramai pelajar sekarang sudah celik emas,guna PTPTN untuk beli dinar..hasil berjimat cermat..bagus..
8.Individu yang masih bujang.Terutamanya lelaki,kerana semasa kahwin nanti sekiranya anda simpan lama,harga emas waktu anda hendak kahwin sudah tinggi berbanding yang anda beli dahulu.Sekarang trend memberikan dinar sebagai mas kahwin dan gold bar sebagai hantaran
9.Individu yang minat emas.
10.Individu yang bercadang untuk membuka bisnes pada masa akan datang,kerana ia boleh dijadikan modal perniagaan anda,sama ada anda mencagarnya di bank atau menjual emas tersebut.Pilihan di tangan anda.
Ada orang yang tidak ada sebab khusus kenapa menyimpan/meniaga emas,tapi kerana minat dan jadi macam hobi pula mengumpul emas.Yang pasti hobi yang menguntungkan ![]()
Pendek kata..sesuai untuk semua individu pelaburan emas ini.
Mulakan pelaburan anda walaupun dengan 1 dinar.Yang modal besar..bonus bagi anda.
Namun yang manakah lebih baik..modal kecik tetapi sudah bermula atau langsung tidak bermula sebab nak tunggu modal besar?
Fikir-fikirkanlah..
You can leave a response, or trackback from your own site.

Posted in
Tags: