144 Syarikat Pelaburan Haram di Malaysia-Utusan Malaysia

Begitu banyak rupanya skim pelaburan haram di Malaysia.144 syarikat adalah jumlah yang agak tinggi juga.Persoalannya,adakah syarikat  VGMC salah satu daripada yang dinyatakan?VGMC mendakwa melabur saham dan ada lombong emas di Panama.Jika dikaji dari pelbagai segi,memang tak logik,namun pelabur tegar VGMC ada banyak alasan untuk kekal setia dan bermati-matian akan mempertahankan syarikat ini.Jangan seronok sangat dapat duit bulan-bulan,kita tak tau nanti siapa yang akan rugi,sebab orang awal memang biasanya akan dapat semuanya,yang akhir nanti menangis!

Artikel terdahulu tentang VGMC,klik sini :http://jutawangold.com/tag/vgmc-scam

Jangan terpedaya dengan pulangan yang dijanjikan

Berikut adalah laporan dari akhbar Utusan Malaysia :

KUALA LUMPUR 23 Jan. – Suruhanjaya Sekuriti (SC) menyenaraikan sebanyak 144 syarikat skim pelaburan dan individu yang menjalankan kegiatan pelaburan secara haram di negara ini. Skim tersebut kebanyakannya adalah skim cepat kaya yang menggunakan medium seperti pelaburan dalam Internet yang kononnya beroperasi di luar negara.

Sepanjang tahun lalu sahaja, SC menerima sebanyak 501 aduan berhubung skim pelaburan yang dikatakan menipu pelabur serta 505 pertanyaan mengenai perkara yang sama. SC terlibat dalam memantau syarikat dan individu yang menjalankan aktiviti jual beli saham, bon, sekuriti, kontrak niaga hadapan dan unit amanah dalam negara.

Kebanyakan syarikat yang dikatakan sebagai syarikat pelaburan itu mendaftar di luar negara dan mengaburi mata pelabur dalam menjalankan perniagaan seperti perlombongan dan petroleum. Menurut laman web SC lagi, seorang pelabur perlu mengetahui serba sedikit selok belok pelaburan sebelum menjalankan sebarang pelaburan tidak kira berapa pun jumlahnya.

Ini kerana terdapat pelbagai kes penipuan yang dijalankan oleh mereka yang mahu mengaut keuntungan dalam menipu duit mangsa. Bagi pelabur yang tidak mahu mengambil risiko ditipu, mereka boleh menghubungi pihak SC dalam mendapatkan kepastian sama ada ejen, syarikat dan skim itu berdaftar atau tidak. Jika tidak, pelabur dinasihatkan melaporkan perkara itu kepada pihak SC dan Bank Negara bagi mendapat tindakan lanjut.

Sementara itu, bagi mereka yang telah melabur pula diingatkan agar menyimpan segala dokumen yang berkaitan dengan pelaburan tersebut dalam memudahkan tuntutan dibuat jika berlaku sebarang masalah. Bagi sebarang pertanyaan, pelabur boleh terus menghubungi SC di talian 03-62048000 dan melayari laman web SC di http://www.sc.com.my.

Sumber : Utusan Malaysia 23 /01 /2012

You can leave a response, or trackback from your own site.