Dr Mahathir Galak Rakyat Jadikan Emas Sebagai Simpanan
Dr Mahathir Galak Rakyat Jadikan Emas Sebagai Simpanan
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) — Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa orang ramai cuba menyimpan emas sebagai simpanan mereka berbanding mata wang kerana nilai emas lebih terjamin dan sukar untuk jatuh dengan nilai besar.
Bekas Perdana Menteri itu berkata nilai mata wang tidak terjamin kerana ia bergantung kepada pasaran tukaran mata wang dunia yang sentiasa berubah-ubah.
Menurut beliau, ada kalanya nilai mata wang akan jatuh dengan teruk apabila berlaku sesuatu krisis kewangan di sesebuah negara.
“Mata wang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenar namun emas boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam berharga di seluruh dunia,”
“Simpanan emas juga lebih terjamin jika ingin menjualnya kerana harganya sentiasa meningkat dan ia boleh membantu orang ramai menghadapi inflasi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan produk emas Geneva Malaysia di sini malam ini.
Produk emas itu terdiri daripada jongkong pelbagai berat dihasilkan oleh Persatuan Persahabatan Malaysia-Arab Saudi (MSAF) dan Persatuan Usahawan Jongkong Emas Malaysia (GBEAM) yang dikeluarkan untuk memenuhi keperluan syariah.
MSAF dan GBEAM menyasarkan syarikat swasta dan orang ramai untuk mendapatkan produk berkenaan sebagai urusan dalam pelbagai transaksi terutamanya jualan dan belian.
Dr Mahathir berkata satu ketika dahulu, satu auns emas bernilai RM109.79 tetapi kini satu auns emas bernilai kira-kira RM4390.40.
Beliau berkata orang ramai boleh menyimpan emas dalam bentuk barang kemas yang mudah didapati di seluruh negara dan ia mampu untuk dimiliki.
– BERNAMA
p/s: Di akhir ayat ini dr M berkata org ramai boleh beli barang kemas.Ini kerana barang kemas paling mudah didapati kerana kedai-kedai emas ada di semua daerah.Namun seperti yg kita tahu,yang paling menguntungkan adalah menyimpan emas fizikal.
Barang kemas lebih mahal kerana termasuk kos upah,hendak dijual pula ditolak banyak dari harga semasa.Pilihan yang ada sekarang,anda boleh membeli barang kemas tanpa upah seperti Public Jewellery.
Sekarang untuk mendapatkan emas fizikal sudah tidak susah lagi
Buat pilihan yg bijak..
You can leave a response, or trackback from your own site.

Posted in
Tags: