Asas Tentang Riba

Perbankan adalah satu teknik. Satu sains. Satu sain yang mengamalkan teknik riba. Apa itu ‘riba’?

Riba dari segi bahasa bermaksud “lebihan”.
Qadi Abu Bakr ibn al-Arabi, di dalam Tafsir Ahkamul Qur’an, ‘Setiap lebihan antara nilai barang yang diberi dan nilai yang diterima.’


Lebihan ini merujuk kepada dua pekara :
1. Setiap lebihan, hasil dari penambahan yang tidak seimbang dari timbangan dan ukuran.
2. Setiap lebihan, hasil dari tidak keseimbangan yang datang dari penangguhan tempuh masa.

  • Apakah dia jenis-jenis riba?Ibn Rushd berkata: “Fuqaha bersependapat bahawa ada dua jenis riba di dalam jual beli : penangguhan tempuh masa (nasi’ah ) dan lebihan yang ditetapkan nilai dan ukuran (tafadul)”
    Maksudnya, ada dua jenis riba:
    1. Riba al-Fadl (lebihan melalui penambahan nilai, ukuran berat, kuantiti dan bilangan)
    2. Riba an-Nasiah (lebihan melalui penangguhan tempuh masa)


Apakah itu wang?

Takrif wang adalah ‘bahan perantaraan yang diterima umum sebagai pertukaran’.

Menurut Imam Malik ibn Anas, wang dalam Islam ialah ‘apa sahaja barangan yang diterima umum sebagai bahan perantaraan’.

Apakah itu dayn dan ‘ayn?

‘Ayn ialah barangan yang mempunyai nilai intrinsik seperti emas, perak, timah, kayu-kayan.
Barangan ‘ayn boleh dijadikan matawang.
Dayn ialah barangan yang tidak mempunyai nilai intrinsik seperti resit hutang atau cek.
Barangan dayn tidak boleh dijadikan matawang.

kredit to :   Pn Alawiyah Abdul Rahman Vadillo

You can leave a response, or trackback from your own site.