About Me
Tentang saya..
Saya adalah seorang guru Matematik yang sudah mengajar sejak tahun 2005, isteri kepada suami tercinta,Mohd Selodi bin Md Ghazali (Eddy) dan ibu kepada 4 orang anak.
Selain tugas hakiki sebagai seorang guru,saya menjalankan perniagaan emas,menjual dan membeli emas,perak, barang kemas serta berkongsi ilmu tentang emas.
Setakat ini saya menjalankan perniagaan secara ‘online’ 95% dan ‘offline’ 5%.Saya dalam perancangan untuk menjadikannya 50:50 kerana sedang membuat persediaan untuk menjalankan lebih banyak aktiviti secara ‘offline’ tanpa mengabaikan perniagaan ‘online’.
Matlamat utama ialah ingin mendidik masyarakat tentang sebab-sebab perlu simpan emas dan kepentingannya.”Educate first,profit will come later”.
Beli emas dengan ilmu
Ilmu + emas +mentor +tindakan = untung
Bagaimana anda boleh mempercayai saya?
Urusniaga yang saya lakukan juga kebanyakannya secara online dan hujung jari sahaja.Di zaman yang moden ini,amat praktikal menggunakan teknologi yang ada kerana ia menjimatkan masa,tenaga, kos minyak dan lain-lain.
Setakat ini saya telah mempunyai pelanggan dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.Dealer /rakaniaga rangkaian kami juga berada di seluruh negara.
Saya tidak ada apa-apa kelulusan dalam bidang perniagaan,tetapi saya belajar tentang ekonomi,kewangan dan perniagaan secara tidak formal.Sama ada melalui pembacaan di internet,rujukan dengan orang-orang yang sudah berjaya,bacaan buku-buku penulis terkemuka serta melalui pengalaman sendiri.
Saya bersedia berkongsi tentang pengalaman saya dan masih dalam proses belajar dan belajar tanpa jemu.Hasilnya,kini saya telah meluaskan perniagaan di bidang lain pula.
Anda juga boleh.
Hubungi saya :019-9708897
atau Eddy : 017-9472705
email :selodimohdghazali@gmail.com
admin@jutawangold.com