Mensyukuri Rezeki Menambahkan Berkat

Kategori : AKIDAH Akhlak


Tajuk :
MENSYUKURI REZEKI MENAMBAHKAN BERKAT


Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang dan makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang.”

Riwayat Bukhari dan Muslim

Huraian
i) Setiap Muslim hendaklah mempunyai sifat qanaah iaitu redha dan menerima apa yang ada tanpa banyak menuntut perkara yang bukan keperluannya.
ii) Lawan bagi sifat qanaah ialah tamak yang menjadikan seseorang itu sentiasa cemburu dan dengki dengan rezeki yang diperolehi oleh orang lain.
iii) Kekayaan yang sejati adalah kekayaan iman yang tercermin dari kesederhanaan hidupnya dan kesederhanaan itu tercermin dari sifatnya yang qanaah.
iv) Salah satu cara untuk menanamkan sifat qanaah kepada diri dan keluarga ialah dengan sentiasa mengucapkan “alhamdulillah” di atas setiap perbuatan atau perkara baik yang diterima.
v) Rezeki adalah ketentuan Allah S.W.T. Untuk menambah keberkatannya hendaklah membiasakan diri dengan sifat pemurah dan tidak bakhil untuk bersedekah kepada orang lain kerana hal ini akan memberikan ketenangan kepada diri malah akan lebih disayangi oleh masyarakat kerana sesungguhnya, harta yang kita miliki terdapat hak-hak orang lain di dalamnya yang wajib kita tunaikan.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Ulasan saya:

Kita haruslah bersyukur dengan nikmat yang telah diberi oleh Allah swt.Selalu mengucapkan ‘alhamdulillah’ sebagai tanda kesyukuran dan memperbanyakkan sedekah.Sedekah setakat yang kita mampu dan istiqamah melakukannya.Memberi sedekah,walaupun sedikit tetapi ikhlas lebih baik daripada memberi sedekah yang banyak (sehingga me war-warkannya kepada umum)tetapi tidak ikhlas.Namun kesukaran ini sukar diukur,kerana yang menunjuk belum tentu tidak ikhlas.Biarlah Allah swt yang menilai kerana Allah swt lebih mengetahui niatnya dan kita sebaiknya bersangka baik sesama manusia.

Kadangkala kita suka membandingkan dengan orang lain dan tamak.Bagaimana kita hendak mendapat rezeki yang lebih dari Allah swt jika hidup hanya dengki kepada orang lain?Orang yang dengki dan cemburu dengan kejayaan orang lain,hidupnya tidak tenang.Maka elakkanlah dari berasa dengki dan cemburu dengan kejayaan orang lain kerana hanya merugikan diri sendiri.

Hidup qanaah banyak manfaatnya kerana kita mengamalkan cara hidup yang sederhana.Ditakdirkan kita kaya pun,kita masih besederhana,maka dengan ini,kita dapat membantu dan menyumbangkan pertolongan kepada umat Islam lain yang memerlukan,InsyaAllah


You can leave a response, or trackback from your own site.