Punca Harga Emas Naik Mencanak Minggu Ini

Harga emas mulai naik secara mendadak mulai semalam,dan sehingga kini ia telah mencecah rekod tertinggi menghampiri usd1670/oz.

Apakah puncanya?

Korea telah membeli emas 25 tan!

Kenapa ye…

Tentulah untuk melindungi ekonomi mereka..berita selanjutnya boleh baca berita yang diambil dari Utusan Malaysia di bawah ini

Dan jangan lupa fahamkan ayat yang saya gariskan.

Ada rakan yang bertanya,kenapa Malaysia tak ikut jejak langkah negara lain yang dah mula menyimpan dan menambah rezab emas mereka.Saya tiada jawapan khusus untuk persoalan ini.

Namun,anda tak perlu tunggu kerajaan minta beli emas,baru nak simpan emas.Jangan jadi pak turut.Sekarang zaman IT,ilmu-ilmu macam ni tak diajar di sekolah,surat khabar dan televisyen (ada tapi sikit sangat) ,tapi anda boleh melayari internet dan dapatkannya secara percuma di forum-forum,blog,dan laman sosial.

Fakta lain yang anda perlu tahu :

-Malaysia hanya menyimpan 1.4% rezab emas berbanding AS 74.7%

-Hutang AS semakin bertambah dan Obama sendiri membayangkan kehancuran ekonomi yang bakal melanda

-HSBC telah menjual semua 200 cawangan bank nya ,apakah tandanya?

-Bekas pemimpin Malaysia didakwa banyak menyimpan emas sebenarnya dan  selalu juga mengingatkan rakyat Malaysia menyimpan emas,namun kurang dihebahkan dan tak disampaikan secara meluas.

-Emas dijangka mencecah usd1700/oz tak lama lagi atau RM200/gram

-Beli emas sebagai simpanan,elakkan menganggap ia sebagai pelaburan 100%.Emas adalah aset unggul,sama seperti anda menyimpan wang kertas.IA ADALAH WANG YANG SEBENARNYA.

Terima kasih kepada pembaca blog ini yang telah menghubungi saya untuk keterangan lanjut dan membeli emas dengan saya dan rakaniaga.Anda telah membuat keputusan yang sangat bijak.

Kini saya mempunyai dealer-dealer dan rakaniaga di seluruh Malaysia untuk menyampaikan emas secara COD (cash on delivery) /by hand kepada anda.

Hanya hubungi saya di hotline :019-9708897 (Nor Fazilah @cikgusimple)

Saya juga menyediakan service after sales untuk semua pelanggan setia,dan juga membeli  emas terpakai dengan harga menarik.

Berikut ialah petikan akhbar Utusan Malaysia,2 Ogos 2011


Korea beli emas AS$1b lindungi ekonomi

SEOUL 2 Ogos – Korea Selatan memperuntukan lebih AS$1 bilion bagi pembelian pertama emas dalam tempoh lebih sedekad ekoran ketidaktentuan pertumbuhan global dan tekanan hutang berdaulat bank-bank pusat dunia untuk mempelbagaikan rizab asingnya.

Bank of Korea berkata, pembelian terkini itu bernilai AS$1.24 bilion (RM3.596 bilion).

Pemulihan ekonomi global yang rapuh dan syarat-syarat hutang yang bahaya di Amerika Syarikat dan Eropah telah meningkatkan perlindungan selamat bagi emas sehingga mencecah rekod tertinggi pada Jumaat lalu.

Bank of Korea berkata, pihaknya telah membeli 25 tan emas sejak dua bulan lalu, meningkatkan jumlah emas yang ada kepada 39.4 tan.

Rizab mata wang seperti dolar dan euro telah mencatatkan kerugian sejak krisis kewangan global disebabkan polisi monetari yang tidak normal ekoran masalah defisit fiskal.

Data melibatkan 27 ekonomi utama daripada Bank Penyelesaian Antarabangsa menunjukkan nilai efektif penyelarasan inflasi dolar telah merosot sebanyak 10 peratus dalam tempoh dua tahun dan euro pula enam peratus, menggambarkan kenaikan dalam pusingan setiap mata wang.

Bagaimanapun, pegangan emas Korea Selatan masih terlalu kecil berbanding Bank-Bank Pusat Asia – dengan China menduduki tempat keenam, memiliki emas terbesar iaitu 1,054.1 tan pada akhir Mei lalu, menurut data Majlis Emas Dunia.

”Bank Pusat Korea Selatan agak terlewat tetapi para pelabur emas menjangka harga sokongan terus berlaku memandangkan bank-bank pusat di dunia ini masih kurang membuat pelaburan dalam emas,” kata Ketua Asset Great Pacific Wealth Management, Sean McGillivray.

Bank of Korea berkata, ia merupakan pembelian pertama emas sejak 1997/98 untuk meningkatkan rizab asing.

Amerika Syarikat adalah negara terbesar memiliki emas dalam rizabnya iaitu 8,133.5 tan atau 74.7 peratus daripada jumlah rizab. – Reuters

You can leave a response, or trackback from your own site.